Gema Semua Maklumat

PA kurangkan bantuan rawatan, perubatan kepada penduduk Gaza

PA kurangkan bantuan rawatan, perubatan kepada penduduk Gaza

SEMENANJUNG GAZA, 17 Zulkaedah 1438H, Khamis – Pihak Berkuasa Palestin (PA) mengurangkan bantuan kewangan terhadap penduduk Gaza yang memerlukan rawatan perubatan di luar daerah pantai yang dikepung, menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Pertubuhan itu dalam satu kenyataan semalam berkata, jumlah peruntukan kewangan yang diluluskan pada Jun lepas adalah sebanyak 80 peratus lebih rendah berbanding purata bulanan pada 2016.

Menurut WHO, hanya 477 penduduk Gaza mendapat peruntukan kewangan perjalanan untuk menerima rawatan pada bulan itu, berbanding 1,883 orang pada tahun lepas.

Bagaimanapun, Pegawai Kementerian Kesihatan di Gaza mengutuk langkah-langkah itu, sekali gus mendesak organisasi antarabangsa memberi tekanan kepada PA untuk menghentikan perkara tersebut.

Sebelum memohon permit Israel, penduduk Gaza yang memerlukan penjagaan kesihatan di luar kawasan yang dikepung perlu mendapatkan kebenaran dan bantuan kewangan terlebih dahulu daripada pihak berkuasa Palestin.

Gaza berada di bawah pengepungan Israel sejak Jum 2007. Sekatan itu telah menyebabkan penurunan taraf hidup serta pengangguran yang tidak pernah berlaku di kawasan itu sebelum ini.- Agensi

The post PA kurangkan bantuan rawatan, perubatan kepada penduduk Gaza appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di PA kurangkan bantuan rawatan, perubatan kepada penduduk Gaza
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "PA kurangkan bantuan rawatan, perubatan kepada penduduk Gaza"

Back To Top