DOHA, 17 Zulkaedah 1438H, Khamis – Qatar mengumumkan program kemasukan tanpa visa untuk 80 buah negara sebagai langkah meningkatkan pemulihan ekonominya, susulan krisis Teluk yang berlaku dengan Arab Saudi dan sekutu serantaunya.
Pegawai Jabatan Pelancongan Qatar, Hassan al-Ibrahim dalam satu sidang media berkata, program itu secara tidak langsung akan merangsang pengangkutan udara dan pelancongan negara.
“Skim pengecualian visa akan menjadikan Qatar sebagai negara yang paling terbuka di rantau ini,” katanya di Doha, semalam.
Sementara, pegawai Kementerian Dalam Negeri, Mohamed Rashed al-Mazroui mengesahkan perkara itu dan berkata bahawa rakyat daripada 80 buah negara yang dibenarkan itu hanya perlu mengemukakan pasport yang sah untuk masuk ke negara Teluk Parsi berkenaan.
Mazroui berkata, negara-negara yang dipilih itu adalah berdasarkan pertimbangan keselamatan dan ekonomi, atau bagi membeli kuasa rakyat mereka.
Bagaimanapun, beliau enggan menamakan secara lanjut 80 buah negara berkenaan, termasuk bila program itu dikuat kuasakan oleh Doha.- Agensi
The post Qatar umum 80 buah negara bebas masuk tanpa visa appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Qatar umum 80 buah negara bebas masuk tanpa visa
0 Komentar untuk "Qatar umum 80 buah negara bebas masuk tanpa visa"