Gema Semua Maklumat

Pakaian lokap sebelum reman langgar hak asasi: Bekas hakim

Pakaian lokap sebelum reman langgar hak asasi: Bekas hakim

KUALA LUMPUR, 29 Zulkaedah 1438H, SelasaTindakan memaksa seseorang memakai baju lokap dan gari ketika dibawa ke mahkamah untuk mendapat perintah reman adalah melanggar hak kebebasan asasi yang dilindungi Perlembagaan, kata Datuk Mohd Noor Abdullah.

Bekas hakim Mahkamah Rayuan itu berkata, secara jelas aspek yang terkandung dalam hak kebebasan asasi seseorang ialah dianggap tidak bersalah sehinggalah dibuktikan sebaliknya di mahkamah.

“Apabila seseorang dibawa berjumpa majistret untuk mendapatkan kebenaran tahanan reman bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat, ketika itu individu terbabit belum dibuktikan bersalah.

“Jadi sepatutnya dielakkan daripada dipakaikan baju (lokap) itu yang (boleh menyebabkan) orang awam menyangka dia melakukan kesalahan,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas ditanya pemberita sama ada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melanggar peraturan apabila membawa Tan Sri Isa Samad ke Mahkamah Majistret Putrajaya dengan berbaju oren untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

The post Pakaian lokap sebelum reman langgar hak asasi: Bekas hakim appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pakaian lokap sebelum reman langgar hak asasi: Bekas hakim
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Pakaian lokap sebelum reman langgar hak asasi: Bekas hakim"

Back To Top