Gema Semua Maklumat

PAS kekal pendirian tiada kerjasama dengan PKR

PAS kekal pendirian tiada kerjasama dengan PKR

KOTA BHARU, 29 Zulkaedah 1438H, Selasa – Meskipun PKR berusaha membuka semula ruang kerjasama dengan PAS, namun parti itu kekal menegaskan pendirian untuk tidak mengadakan sebarang perbincangan dengan bekas sekutunya itu khususnya membabitkan pembahagian kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Kebelakangan ini, PKR dilihat bersungguh untuk kembali bersama dengan PAS bagi berdepan PRU14 susulan tersebarnya gambar kunjungan Presidennya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail bersama Timbalan, Datuk Seri Azmin Ali ke atas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pusingan U yang dilakukan PKR itu nyata menunjukkan bahawa parti berkenaan sedang berdepan dengan kemelut dalaman membabitkan rakan sekutu yang lain dalam gabungan pembangkang berhubung pembahagian kerusi pada PRU14.

Ia dilihat selepas Penasihat parti rasis dan cauvinis DAP, Lim Kit Siang menuntut kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun dan Kulim di Kedah daripada PKR.

Bagaimanapun, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menegaskan bahawa pendirian parti itu jelas selepas pihaknya memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR pada Mei lalu.

“Kalau Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail kata mahu berbincang dengan PAS dalam isu penentuan kerusi PRU-14. 


“Bagi kami senang sahaja, PKR jangan bertanding di mana-mana kerusi PAS bertanding,” katanya kepada pemberita, hari ini.

PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR berikutan tindakan parti itu melanggar beberapa syarat kerjasama politik antara PAS dan PKR yang terjalin sejak Pilihan Raya Umum ke-11 (PRU11).

The post PAS kekal pendirian tiada kerjasama dengan PKR appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di PAS kekal pendirian tiada kerjasama dengan PKR
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "PAS kekal pendirian tiada kerjasama dengan PKR"

Back To Top