Gema Semua Maklumat

PAS yakin tawan semula Terengganu

PAS yakin tawan semula Terengganu

KUALA TERENGGANU, 15 Zulkaedah 1438H, Selasa – PAS Terengganu menyasarkan untuk bertanding di semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Pesuruhjayanya, Datuk Husin Awang berkata, PAS juga bersedia berdepan saingan tiga penjuru.

Beliau berkata, pihaknya kini menumpukan usaha mempertahankan kerusi yang dimenangi pada 2013 dan merampas kerusi yang ditawan Barisan Nasional (BN) pada PRU14 nanti.

“PAS bersedia menghadapi pilihan raya dalam apa jua keadaan dan penentang atau musuh pilihan raya kita paling utama ialah UMNO-BN.

“(Parti) yang lain dan baru datang itu kita tak boleh nak halang, kalau dia masuk (bertanding) kita bersedia menghadapinya dalam apa jua keadaan,” katanya yang dipetik daripada portal berita hari ini.

The post PAS yakin tawan semula Terengganu appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di PAS yakin tawan semula Terengganu
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "PAS yakin tawan semula Terengganu"

Back To Top