Gema Semua Maklumat

Arak: Jangan jadikan penerbangan Malaysia kelab malam

Arak: Jangan jadikan penerbangan Malaysia kelab malam

BANGI, 15 Zulkaedah 1438H, Selasa – Kerajaan sepatutnya menunjukkan teladan terbaik kepada negara lain, khususnya dunia Islam bahawa Malaysia tidak sesekali boleh berkompromi dalam isu minuman arak, terutama dalam pesawat.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Riduan Mohd Nor berkata, larangan minuman beralkohol dalam pesawat adalah satu pendidikan kepada pelanggan bahawa pesawat bukanlah sebuah pusat hiburan atau kelab malam tempat untuk pelanggan melakukan apa sahaja yang dikehendaki.

Ini kerana, katanya, pesawat adalah sebuah pengangkutan udara yang membawa pelbagai kelompok penumpang daripada bayi, kanak-kanak, wanita, lelaki ataupun warga emas.

“Ia adalah transit sementara untuk mengangkut pelanggan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Oleh itu, keselamatan penumpang dan pesawat adalah perkara utama yang tidak boleh dikompromi. Lagipun, tiada jaminan minuman beralkohol yang dihidangkan boleh menjamin keselamatan penumpang.

“Banyak berlaku kes penumpang yang mabuk, mengamuk dan mencederakan atau memudaratkan penumpang lain. Malah, ada pesawat yang tergendala jadual penerbangan, mendarat cemas di lokasi lain yang mengancam penumpang lain,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas jawapan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang berkata kerajaan tidak akan mengharamkan minuman beralkohol disediakan dalam pesawat penerbangan,

Tiong Lai yang juga Ahli Parlimen Bentong berkata, ia terpulang kepada mana-mana syarikat penerbangan untuk membuat keputusan berhubung perkara itu.

The post Arak: Jangan jadikan penerbangan Malaysia kelab malam appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Arak: Jangan jadikan penerbangan Malaysia kelab malam
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Arak: Jangan jadikan penerbangan Malaysia kelab malam"

Back To Top