GENTING HIGHLANDS, 15 Zulkaedah 1438H, Selasa – Pelajar sekolah di seluruh negara akan dibenarkan menggunakan alat peranti kecuali telefon bimbit di sekolah, bermula awal tahun depan.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, keputusan membenarkan penggunaan peranti secara terkawal di sekolah itu kini dalam peringkat akhir perbincangan termasuk penetapan garis panduan dan pengeluaran pekeliling.
“Melihat kepada gelombang teknologi masa kini, kebanyakan negara maju sudah lama membenarkan penggunaan alat peranti di sekolah bagi memudahkan sesi pembelajaran dalam kelas.
“Apapun kementerian masih meneliti kaedah terbaik dalam mengawal penggunaan alat peranti termasuk hanya dikhaskan untuk masa dan subjek tertentu,” katanya kepada pemberita, selepas merasmikan Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-24 di Institut Aminuddin Baki, di sini.
Bagaimanapun, beliau menegaskan, telefon bimbit dikecualikan daripada kebenaran penggunaan alat peranti di sekolah kerana ia dilihat mampu mengganggu dan menjejaskan tumpuan pelajar di dalam kelas.
Sebelum ini kementerian pernah bercadang membenarkan penggunaan alat peranti di sekolah bagi tujuan Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dalam kelas mengikut masa dan subjek yang akan ditetapkan kementerian.
The post Pelajar sekolah boleh bawa peranti, bukan telefon bimbit appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pelajar sekolah boleh bawa peranti, bukan telefon bimbit
0 Komentar untuk "Pelajar sekolah boleh bawa peranti, bukan telefon bimbit"