Gema Semua Maklumat

Penganggur didakwa miliki barang berkaitan IS

Penganggur didakwa miliki barang berkaitan IS

KUALA LUMPUR, 15 Zulkaedah 1438H, Selasa – Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Tinggi di sini, atas pertuduhan memiliki beberapa barangan berkaitan kumpulan pengganas IS.

Mohamad Saufi Ibrahim, 22, dituduh memiliki pelekat yang menggambarkan bendera militan IS, dua buku dan 10 gambar dalam telefon bimbitnya yang berkaitan dengan kumpulan pengganas itu.

Kesalahan berkenaan didakwa dilakukan di sebuah unit pangsapuri di Tanjong Bungah, Pulau Pinang pada 15 Julai lalu, jam 3.15 petang.

Pertuduhan terhadapnya dibacakan dihadapan Hakim Mohd Sofian Abd Razak. Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fadzlan Mohd Noor memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan akan memanggil 10 saksi.

Hakim Mohd Sofian kemudiannya menetapkan tarikh perbicaraan kes itu selama tiga hari bermula 25 September depan, dengan pengurusan kes seterusnya pada 28 Ogos ini.

Tertuduh diwakili peguamnya, Muhamad Imran Mohamad Farouk.

The post Penganggur didakwa miliki barang berkaitan IS appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Penganggur didakwa miliki barang berkaitan IS
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Penganggur didakwa miliki barang berkaitan IS"

Back To Top