BANGI, 13 Zulkaedah 1438H, Ahad – Tiada sayur plastik dijual di sebuah pasar raya di Tawau, Sabah sebagaimana dakwaan yang tular di laman sosial, baru-baru ini, kata Kementerian Perdagangan Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) daerah itu.
Ketua Pejabat KPDNKK Tawau, Sam Aminuddin berkata, pemeriksaan yang dilakukan ke atas pasar raya terbabit pada Jumaat lalu, menunjukkan tiada sayur plastik dijual sebagaimana yang didakwa.
“Pembekal sayur kepada pasar raya berkenaan turut dikenal pasti dan turut dipanggil selepas tular dakwaan sayur plastik dijual,” katanya.
Sebelum ini, pemilik akaun Facebook ‘Nurul Syamia’ memuat naik gambar serta status yang mendakwa terdapat sayur plastik dijual di Century Department Store Sdn Bhd, Batu 3, Tawau.
The post Tiada sayur plastik dijual, kata KPDNKK appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Tiada sayur plastik dijual, kata KPDNKK
0 Komentar untuk "Tiada sayur plastik dijual, kata KPDNKK"