ANTARA kualiti yang sangat penting untuk dimiliki oleh setiap pemimpin ialah ketahanan. Ini melibatkan aspek fizikal, mental dan jiwa. Tuntutan dunia yang sangat mencabar, persaingan sengit serta pelbagai ujian dalam perjuangan menuntut pemimpin untuk mempunyai ciri yang kental, berjiwa besar dan lasak. Persoalannya, bagaimanakah cara melahirkan pemimpin dengan kualiti ini? Mari saya kongsikan antara caranya:
1. Aktiviti lasak: Dedahkan para pemimpin dengan suasana yang lasak, bahaya dan susah untuk membina ketahanan mental dan fizikal. Contohnya aktiviti perkhemahan, ekspedisi mendaki gunung dan perlumbaan Ironman Thriathlon
2. Kembara: Antara bentuk aktiviti lasak yang sangat berkesan ialah mengembara bagi meluaskan pengalaman dan interaksi dengan pelbagai jenis ragam manusia, budaya dan cuaca. Contohnya melawati perkampungan orang asli dan bercuti di luar negara
3. Tinggalkan suasana selesa: Susun tempoh masa tertentu untuk hidup jauh dari keluarga, kemewahan dan kebiasaan bagi membentuk kebolehan menyesuaikan diri dalam pelbagai suasana. Contohnya jangkasama pendek ialah pergi keluar memancing di lautan dalam selama tiga hari atau mengembara ke pulau. Manakaala contoh untuk jangkamasa panjang pula ialah belajar dan bekerja di luar negara
4. Hidup sederhana: Walaupun anda mampu, cuba sedaya upaya untuk tidak bermewah-mewah. Latih diri untuk mengurangkan keterikatan emosi dengan ahli keluarga, kerjaya, kekayaan dan aset berharga. Hidup secara sederhana dan tidak berlebih-lebihan merupakan latihan terbaik untuk melahirkan pemimpin berjiwa lasak dan kental. Contohnya praktikal yang boleh dilakukan ialah kerap bersedekah dan berjauhan dengan ahli keluarga
5. Bertemu golongan susah: Sesi interaksi dan bertukar pandangan dengan golongan yang hidup susah amat membantu untuk membina jiwa yang sensitif dan lasak dalam masa yang sama. Contohnya golongan kurang upaya, warga emas, pesakit kronik dan pekerja buruh asing yang dilanda kemiskinan.
6. Lawati tempat musibah: Melawati tempat-tempat yang dipenuhi dengan kesukaran dan penderitaan juga dapat membantu membina jiwa yang lasak. Contohnya penjara, pusat serenti, hospital dan juga kawasan yang ditimpa bencana alam seperti banjir, taufan dan gempa bumi
7. Buang fobia: Atasi perkara yang menakutkan diri anda sendiri. Samada fobia, alahan atau sekadar ketakutan yang tiada punca. Hanya anda yang mengetahui dan mampu mengatasinya. Jangan sampai binatang kecil seperti lipas dan cicak menjatuhkan kredibiliti besar anda sebagai pemimpin umat yang hebat
Ir. Hj. Muhammad Lukman Al Hakim Bin Muhammad
Ketua Biro Latihan Kepimpinan
The post Pemimpin Berjiwa Lasak appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pemimpin Berjiwa Lasak
0 Komentar untuk "Pemimpin Berjiwa Lasak"