Oleh Siti Fatimah Ishak
BANGI, 11 Zulkaedah 1438H, Jumaat – Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) melancarkan kempen Kempen Kemerdekaan Anak Muda 2017 sebagai usaha untuk menghidupkan kembali semangat juang dan patriotism dalam kalangan generasi muda.
Bertemakan ‘Ini Negara Perjuangan’, kempen ini akan menyingkap kembali kisah-kisah perjuangan dalam usaha mendapat kemerdekaan, mengisi dan mengekalkan kemerdekaan tanah air.
Kempen ini adalah anjuran Pemuda Isma bersama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Kelab Remaja Isma (KRIM) dan Yama Moto Club Malaysia diadakan selama sebulan dan berakhir pada malam kemuncak Malam Pejuang 16 September ini.
Pengarah kempen ini, Muslim Abdullah Zaik berkata, kempen ini kali pertama dianjurkan dengan menekankan Malaysia negara perjuangan yang mesti dipertahan.
“Kita harap dengan kempen ini, ia akan membuka ufuk baru generasi muda dalam memahami peranan yang seharusnya dimainkan oleh mereka untuk tanah air tercinta.
“Merdeka bukan bererti berehat-rehat dengan masa aman dan damai yang diperolehi. Fasa mengisi dan mengekalkan kemerdekaan merupakan fasa yang juga memerlukan individu yang mempunyai semangat juang yang tinggi.
“Maka, kami Pemuda Isma mengambil tanggungjawab ini untuk bersama anak muda lain menyuntik semangat patriotism, cinta dan bangga akan agama, bangsa dan tanah air. Kita nak isi kelompongan yang ada dengan perjuangan mempertahan kedaulatan negara,” katanya dalam satu sidang media hari ini.
Menceritakan beza kempen anjuran Pemuda Isma dengan kempen kemerdekaan lain jelas Muslim, uniknya kempen kemerdekaan ini ialah ia menyentuh deria rasa masyarakat.
“Pelbagai aktiviti dan cara kita akan laksanakan, ada silat, pidato, ceramah, pentomen dan sebagai. Kita sasarkan golongan usia 13 hingga 40 tahun.
“Kita sangat mengharapkan penganjuran kempen ini akan mendapat tempat dan mereka dengar seruan kita, kerana generasi mudalah yang akan mewarisi tampuk kepimpinan selepas ini,” katanya.
Antara aktiviti kempen yang akan diadakan ialah
a) Flashmob Perjuangan Kemerdekaan Flashmob ini akan dianjurkan di seluruh negara pada 18, 19 & 20 Ogos 2017. Digerakkan oleh Pemuda Isma, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Persatuan Seni Silat Hang Tuah;
b) Ceramah dan Bengkel di Institut Pengajian Tinggi seluruh Malaysia. Digerakkan oleh Persatuan Belia Islam Malaysia dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia;
c) Ceramah dan Bengkel di Sekolah-Sekolah seluruh Malaysia. Digerakkan oleh Kelab Remaja Isma dengan kerjasama Polis Di Raja Malaysia;
d) Sekretariat kempen akan menjemput para peserta dan anak muda untuk ke Malam Pejuang pada 16 September 2017 anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) sebagai kemuncak Kempen Kemerdekaan Anak Muda 2017.
The post Pemuda Isma lancar Kempen Kemerdekaan ‘Ini Negara Perjuangan’ appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pemuda Isma lancar Kempen Kemerdekaan ‘Ini Negara Perjuangan’
0 Komentar untuk "Pemuda Isma lancar Kempen Kemerdekaan ‘Ini Negara Perjuangan’"