Gema Semua Maklumat

Pensyarah koma di Sydney, keluarga rayu bantuan

Pensyarah koma di Sydney, keluarga rayu bantuan

KUALA LUMPUR, 11 Zulkaedah 1438H, Jumaat – Keluarga Timbalan Pengarah Pusat Asasi Pengurusan Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Md Zahir Mat Cha, yang diserang strok ketika berada di Sydney, Australia memohon bantuan kos perubatan dan membawanya pulang untuk mendapatkan rawatan di dalam negara.

Anak saudaranya, Mohamad Shahidi Sawai berkata, Md Zahir diserang strok di bilik air penginapannya sebelum dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (UNIT) Hospital St Vincent’s.

“Bapa saudara saya sudah terlantar di ICU sejak Isnin lalu dengan kos sehari sebanyak AUS$5,600 (RM19,091) sehari, malah sudah menjalani dua pembedahan yang membabitkan jumlah keseluruhan AUD$80,000 (RM272,000).

“Jumlah terbabit sangat membebankan hingga pelbagai bantuan diminta dan buat masa sekarang, kami berjaya mengumpulkan RM122,000. Kami menemui jalan buntu kerana kos rawatan dan tambang untuk membawa pulang bapa saudara ke Malaysia sangat tinggi dan semakin lambat dibawa pulang, semakin bertambah kosnya,” katanya, dipetik Berita Harian.

Jelas Shahidi berkata, pihak hospital telah melakukan pembedahan bagi membuang air dalam otak dan pintasan buah pinggang selepas Md Zahir koma akibat serangan terbabit.

Namun, hospital enggan melakukan pembedahan ketiga bagi membuang darah kering dalam otak Md Zahir kerana pembayaran yang sepatutnya belum dibayar.

The post Pensyarah koma di Sydney, keluarga rayu bantuan appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pensyarah koma di Sydney, keluarga rayu bantuan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Pensyarah koma di Sydney, keluarga rayu bantuan"

Back To Top