Gema Semua Maklumat

Pengebom bunuh diri sasar masjid Syiah, 30 maut, 60 cedera

Pengebom bunuh diri sasar masjid Syiah, 30 maut, 60 cedera

HERAT, 9 Zulkaedah 1438H, Rabu – Sekurang-kurangnya 30 maut, manakala lebih 63 lagi cedera apabila penyerang bunuh diri meletupkan bom di sebuah masjid Syiah di barat Afghanistan, hari ini.

Terdahulu, jurucakap pejabat gabenor wilayah Herat, Jalani Farhad memberitahu bahawa jumlah kematian meningkat kepada 50 orang.

Sementara, Ahli Parlimen Herat, Mehdi Hadid pula menganggarkan jumlah kematian mencecah 100 orang selepas bom diletupkan di Masjid Jawadia.

Jurucakap polis Herat, Abdul Ahad Alizada berkata, serangan bom itu berlaku kira-kira jam 8 malam.

“Berdasarkan siasatan kami, dua penyerang, seorang memakai jaket berisi bom dan seorang lagi bersenjatakan raifal melakukan serangan itu,” katanya.

Serangan itu berlaku ketika kira-kira 300 orang sedang solat.

Jurucakap Taliban, Qari Yousaf Ahmadi menafikan mereka bertanggungjawab melakukan serangan itu. – Agensi

The post Pengebom bunuh diri sasar masjid Syiah, 30 maut, 60 cedera appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pengebom bunuh diri sasar masjid Syiah, 30 maut, 60 cedera
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Pengebom bunuh diri sasar masjid Syiah, 30 maut, 60 cedera"

Back To Top