Gema Semua Maklumat

Polis cari lapan individu lagi bantu siasatan kekecohan Nothing to Hide 2.0

Polis cari lapan individu lagi bantu siasatan kekecohan Nothing to Hide 2.0

BANGI, 28 Zulkaedah 1438H, Isnin – Polis Selangor sedang mengesan lapan lagi individu untuk membantu siasatan berhubung insiden kekecohan dalam program Nothing to Hide 2.0 di Shah Alam, 13 Ogos lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat memaklumkan bahawa setakat ini 14 individu telah ditahan berhubung kes berkenaan.

“Polis telah mengenal pasti lapan individu untuk membantu siasatan kita. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu ini diminta menghubungi kami,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Lima daripada lapan lelaki berkenaan dikenalpasti sebagai Mohd Hafiz Azit, Muhammad Hafiz Azhar, Donney Afzal Kaspullidzan, Amar dan Is.

Bagaimanapun, polis masih belum mengenal pasti identiti tiga lagi individu berkenaan.

Sebelum ini, program Nothing To Hide 2.0 anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang pada awalnya berlangsung dengan baik terpaksa disuraikan awal ekoran insiden balingan suar, botol air, kasut dan kerusi yang dituju kepada Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Kejadian itu dipercayai tercetus ketika sesi soal jawab dengan Dr Mahathir apabila soalan berkenaan tragedi Memali diutarakan.

The post Polis cari lapan individu lagi bantu siasatan kekecohan Nothing to Hide 2.0 appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Polis cari lapan individu lagi bantu siasatan kekecohan Nothing to Hide 2.0
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Polis cari lapan individu lagi bantu siasatan kekecohan Nothing to Hide 2.0"

Back To Top