Gema Semua Maklumat

Polis tahan 44 warga Rohingya buat perhimpunan haram

Polis tahan 44 warga Rohingya buat perhimpunan haram

KUALA LUMPUR, 8 Zulhijjah 1438H, Rabu – Polis menahan seramai 44 warga Rohingya hari ini ketika mengadakan perhimpunan haram di hadapan bangunan Lembaga Tabung Haji (TH) di Jalan Tun Razak, di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, mereka ditahan kerana cuba melakukan provokasi ketika diminta polis untuk bersurai.

Beliau berkata, mereka dipercayai datang dari seluruh Malaysia dengan menaiki bas yang dikelolakan sendiri bagi menyerahkan memorandum berkenaan.

“Lebih 1,000 warga Rohingya berkumpul sejak pukul 8 pagi untuk berarak bagi menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Myanmar di Jalan Ampang Hilir di sini atas kekejaman dan pembunuhan umat Islam Rohingya di Myanmar.

“Namun, apabila sudah diserahkan memorandum itu, mereka terus berkumpul dan bertindak agresif sehingga memaksa Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak menahan mereka,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan bangunan TH.

Amar Singh berkata, undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 tidak membenarkan warga asing membuat sebarang demonstrasi dan perhimpunan.

The post Polis tahan 44 warga Rohingya buat perhimpunan haram appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Polis tahan 44 warga Rohingya buat perhimpunan haram
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Polis tahan 44 warga Rohingya buat perhimpunan haram"

Back To Top