Gema Semua Maklumat

PTPTN: 284,210 peminjam langsai hutang

PTPTN: 284,210 peminjam langsai hutang

KUALA LUMPUR, 15 Zulkaedah 1438H, Selasa – Seramai 284,210 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang disenarai hitam berjaya menyelesaikan keseluruhan pinjaman mereka.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, melalui program Program #BolehBincang yang dilaksanakan badan itu sejak Mac lalu, ramai peminjam yang mula berhubung dengan PTPTN untuk berbincang mengenai pinjaman mereka.

Katanya, PTPTN mengambil beberapa pendekatan baharu dan penambahbaikan berkaitan cara pembayaran serta penyelesaian senarai hitam.

“Ini termasuk membuka kaunter 24 jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA) yang beroperasi 24 jam,” katanya menjawab soalan tambahan Teo Kok Seong (DAP-Rasah) pada Sesi Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Kok Seong mahu mengetahui keberkesanan pembukaan kaunter PTPTN di KLIA serta usaha penambahbaikan melalui program ##BolehBincang.

Katanya, pendekatan yang fleksibel itu menjadi budaya yang positif kepada peminjam PTPTN.

“Tahun lalu, PTPTN mengutip RM3 bilion melepasi sasaran RM2 bilion. Memandangkan rakyat mula faham dengan cara PTPTN mengutip hutang kita sasarkan untuk mengutip RM4 bilion tahun ini,” katanya.

The post PTPTN: 284,210 peminjam langsai hutang appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di PTPTN: 284,210 peminjam langsai hutang
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "PTPTN: 284,210 peminjam langsai hutang"

Back To Top