Gema Semua Maklumat

Rejim El-Sisi tambah 56 ahli Ikhwanul Muslimin dalam senarai pengganas

Rejim El-Sisi tambah 56 ahli Ikhwanul Muslimin dalam senarai pengganas

Ahli perniagaan Ikhwanul Muslimin Mesir, Hassan Malek turut dimasukkan dalam senarai pengganas.

KAHERAH, 8 Zulhijjah 1438H, Rabu – Rejim kudeta Mesir semalam menambah 56 lagi ahli Ikhwanul Muslimin dalam senarai pengganas, lapor agensi berita negara itu, Middle East News Agency (MENA).

Menurut MENA, mereka dituduh menjejaskan keharmonian ekonomi dan keselamatan awam.

Antaranya yang disenaraikan ialah ahli perniagaan terkenal Ikhwanul Muslimin, Hassan Malek, yang terbabit dalam industri pembuatan tekstil, bekalan peralatan elektrik dan perabut.

Aset beliau dibekukan sejak September 2014, selepas Mahkamah Jenayah Utara Kaherah mempertahankan keputusan pendakwa raya untuk merampas aset semua pemimpin Ikhwanul Muslimin.

Hassan sejak 1990-an lagi dianggap salah seorang pemimpin pertubuhan itu bersama beberapa rakan niaga, termasuk bekas Timbalan Pengerusi Ikhwanul Muslimin Mesir, Khairat El-Shater.

Keputusan yang dibuat semalam turut membabitkan larangan perjalanan, pembekuan harta, hilang kelayakan dan hak politik dan pembatalan pasport.

Januari lalu, mahkamah yang sama meletakkan nama 1,500 orang, termasuk presiden Mesir pertama dipilih secara demokrasi tetapi digulingkan, Mohamed Morsi dan anak lelaki dan perempuannya dalam senarai pengganas.

Ikhwanul Muslimin Mesir diisytiharkan kumpulan pengganas dan dilarang mengadakan kegiatannya, selepas Abdel- Fattah El-Sisi merampas kuasa pada 2013. – Agensi

The post Rejim El-Sisi tambah 56 ahli Ikhwanul Muslimin dalam senarai pengganas appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Rejim El-Sisi tambah 56 ahli Ikhwanul Muslimin dalam senarai pengganas
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Rejim El-Sisi tambah 56 ahli Ikhwanul Muslimin dalam senarai pengganas"

Back To Top