Gema Semua Maklumat

Israel rancang bina kejiranan Yahudi di Baitulmaqdis

Israel rancang bina kejiranan Yahudi di Baitulmaqdis

TEL AVIV, 8 Zulhijjah 1438H, Rabu – Agenda jahat Israel makin terserlah, terbaharu regim itu merancang mengubah demografi Baitulmaqdis dengan mewujudkan kawasan kejiranan Yahudi baharu dan meningkatkan kehadiran polis di bandar itu.

Rancangan itu didedahkan
Menteri Keselamatan Awam Israel, Gilad Erdan ketika melawat kota lama itu kelmarin, lapor Agensi berita Palestine Today.

Lawatan itu termasuk melakukan tindakan provokasi menyerbu kawasan pekarangan al-Aqsa.

Erdan dikatakan merancang untuk menjadikan bandar itu kepada dua bahagian.

“Bahagian pertama melibatkan penempatan 1,250 anggota polis baru dan pemasangan ribuan kamera. Ia turut melibatkan kenaikan gaji anggota polis yang bertugas di Baitulmaqdis.

“Bahagian kedua rancangan tersebut pula adalah untuk mewujudkan kawasan kejiranan Yahudi di kota lama terbabit,” kata laporan berita itu.

Sejak beberapa dekad lalu, Tel Aviv pernah cuba untuk mengubah demografi Baitulmaqdis dengan membina penempatan haram.

Selain itu regim itu juga mahu memusnahkan tapak bersejarah dan mengusir penduduk Palestin bertujuan untuk ‘mengyahudikan’ kota lama tersebut. – Agensi

The post Israel rancang bina kejiranan Yahudi di Baitulmaqdis appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Israel rancang bina kejiranan Yahudi di Baitulmaqdis
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Israel rancang bina kejiranan Yahudi di Baitulmaqdis"

Back To Top