PUTRAJAYA, 9 Zulkaedah 1438, Rabu – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menafikan spekulasi video yang tular sejak semalam mendakwa kononnya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan diadakan Oktober ini.
Menurut kenyataan pengurusan tertinggi, suruhanjaya itu sedang mempertimbang untuk membuat laporan polis terhadap mereka yang menyebar fitnah berkenaan dalam media sosial agar dikenakan tindakan undang-undang.
“SPR telah mengesan terdapat dakwaan tersebut di media sosial yang mula ditularkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sejak semalam.
“Faktanya, video yang tular itu adalah latihan simulasi oleh kakitangan SPR.
“SPR juga akan memantau dan mengkaji segala berita tidak sahih yang dimuat naik di mana-mana laman media sosial untuk memastikan tidak ada mana-mana pihak cuba mencemarkan reputasi SPR,” kata suruhanjaya itu yang dipetik daripada akhbar tempatan.
Video simulasi yang tular sejak semalam itu menyatakan bahawa pengundian awal akan berlangsung pada 11 Oktober 2017 dan pilihan raya umum akan berlangsung pada 13 Oktober.
The post SPR nafi PRU Oktober ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di SPR nafi PRU Oktober ini
0 Komentar untuk "SPR nafi PRU Oktober ini"