Gema Semua Maklumat

SPRM kesan telefon bimbit, komputer riba Isa Samad

SPRM kesan telefon bimbit, komputer riba Isa Samad

 

KUALA LUMPUR, 25 Zulkaedah 1438H, Jumaat – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan telefon bimbit dan komputer riba milik bekas Pengerusi FGV, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Menurut sumber yang dipetik daripada akhbar tempatan, kedua-duanya merupakan antara bahan bukti penting bagi membantu siasatan berhubung pembelian dua hotel mewah oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Sumber memaklumkan, Isa tidak membawa telefon bimbitnya sebelum ditahan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, Selasa lalu.

“Kita masih mengesan telefon bimbit dan komputer riba itu bagi membantu siasatan. Kita percaya melalui dua alat itu kita akan dapat mengumpul bukti yang lebih kukuh.

‘‘Ini termasuk e-mel berkaitan siasatan pembelian dua hotel berkenaan malah ketika mendapatkan perintah reman, mahkamah turut dimaklumkan berhubung perkara tersebut bagi tujuan membantu siasatan,’’ katanya.

Sumber berkata, sebelum ini, SPRM telah memperoleh beberapa dokumen salinan berhubung kes berkenaan dan bertindak menyerbu pejabat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), dekat sini bagi mendapatkan dokumen asal.

‘‘SPRM turut merampas dokumen kewangan peribadi milik Mohd. Isa bagi tujuan diteliti sama ada mempunyai kaitan dengan urusan pembelian dua hotel tersebut.

‘‘Tiada sebarang wang tunai dirampas dalam serbuan berke­naan dan tidak menafikan akan ada serbuan lain di lokasi yang dikenal pasti dalam masa terdekat,” katanya.

The post SPRM kesan telefon bimbit, komputer riba Isa Samad appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di SPRM kesan telefon bimbit, komputer riba Isa Samad
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "SPRM kesan telefon bimbit, komputer riba Isa Samad"

Back To Top