Gema Semua Maklumat

SPRM serbu pejabat Exco Pulau Pinang

SPRM serbu pejabat Exco Pulau Pinang

GEORGETOWN, 18 Zulkaedah 1438H, Jumaat – Sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat Exco Kerajaan Pulau Pinang di Kompleks Tun Abdul Razak, Komtar hari ini.

Lima pegawai SPRM dilihat tiba di pejabat Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh di tingkat 53, di sini kira-kira jam 11.30 pagi ini.

Serbuan itu dipercayai berkaitan dengan operasi SPRM di sebuah kilang haram memproses abu kayu yang dipercayai telah beroperasi sejak 15 tahun lalu di Kampung Sungai Lembu, Permatang Pauh semalam.

Operasi bersama yang diadakan dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) itu dilakukan selepas mendapat aduan daripada penduduk setempat mengenai pencemaran alam sekitar yang berlaku daripada aktiviti membakar abu kayu di kilang itu.

Kilang haram yang telah beroperasi sejak 10 tahun lalu itu didapati beroperasi tanpa permit sah di atas tanah berstatus tanah pertanian dan dipercayai dilindungi pihak tertentu.

The post SPRM serbu pejabat Exco Pulau Pinang appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di SPRM serbu pejabat Exco Pulau Pinang
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "SPRM serbu pejabat Exco Pulau Pinang"

Back To Top