Oleh Siti Fatimah Ishak
BANGI, 13 Zulkaedah 1438H, Isnin – Jumlah kutipan dana yang berjaya dikutip Ahli Parlimen PKR, Rafizi Ramli, yang kebanyakkannya adalah sumbangan orang Cina menunjukkan polar pemikiran kaum itu masih tidak berubah, kata Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Haji Aminuddin Yahaya.
Ini kerana katanya, bangsa bukan menjadi isu utama bagi orang Cina untuk memberi sumbangan, asalkan yang diperjuangkan mencapai kehendak hidup mereka.
Jelas beliau, Rafizi berjaya mengumpul RM1.5 juta dalam masa 10 hari, yang mana RM0.5 juta itu adalah hasil sumbangan kaum Cina.
“Kesediaan orang Cina untuk menyumbang kepada Rafizi dengan begitu banyak membuktikan bahawa ‘concern’ mereka adalah intergriti dan ketelusan dalam penggunaan dana kerajaan.
“Orang Cina tidak perlu bantuan kerajaan untuk hidup kerana mereka boleh berdikari tetapi apa yang mereka nak lihat ialah amanah yang diberi perlu ditunaikan. Jadi untuk mendapat undi mereka bukan dengan memberikan mereka projek atau kewangan tapi membuktikan ketelusan dalam pentadbiran,” katanya kepada Ismaweb.
Rafizi sebelum ini membuat rayuan untuk mengumpul RM300,000 bagi membayar kos dan ganti rugi dalam saman National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC).
Saman RM300,000 itu merupakan bayaran ganti rugi kepada NFC setelah mahkamah mendapati Rafizi membuat kenyataan fitnah berhubung pembelian kondominum oleh NFC.
Rafizi memberitahu, seramai 5,135 penderma yang maklumat mereka diketahui, antaranya 2,903 berbangsa Cina, 1,575 orang Melayu, 348 India, 40 Bumiputera Sabah dan 91 Bumiputera Sarawak.
Kenyataan penuh
Kemampuan YB Rafizi Ramli yang dilaporkan berjaya mengumpul sumbangan kewangan berjumlah lebih dari RM1.5 juta dalam masa 10 hari, berbanding dengan PAS yang hanya boleh mengumpul sekitar RM200,000 dalam masa 2 bulan, adalah sesuatu yang perlu direnungkan oleh parti politik dalam menghadapi PRU14 nanti.
Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu kini, bukan mudah untuk mana-mana pihak mendapat sumbangan yang begitu besar dalam masa yang sangat singkat.
Melalui maklumat yang diberikan jelas menunjukkan penyumbang utama adalah merupakan dari kaum Cina dengan nilai sumbangan melebih RM0.5 juta. Ini memberi beberapa indikator kepada kita bahawa :-
- Polar pemikiran orang Cina masih tak berubah dengan memberi sokongan padu kepada pihak pembangkang. Kegagalan PAS untuk mendapat sokongan mereka memberikan isyarat bahawa PAS tidak akan lagi dapat undi mereka. Begitu juga UMNO/BN.
- Institusi kehakiman dilihat masih terus dipolitikkan walaupun mungkin hujah yang diberikan oleh YB Rafizi tidak cukup kuat untuk menyokong dakwaan beliau. BN masih dianggap “dalang” di belakang keputusan mahkamah dan ini menjauhkan keyakinan orang Cina untuk mengundi pemerintah yang ada.
Secara ringkasnya sentiment anti-establishment masih menebal walaupun kerajaan BN telah bekerja keras untuk meyakinkan pengundi Cina. Kenyataan pemimpin MCA bahawa polar pengundian sudah mula berubah kepada BN hanyalah dakwaan kosong.
- Kesediaan orang Cina untuk menyumbang dengan begitu banyak membuktikan bahawa “concern” mereka adalah intergriti dan ketelusan dalam penggunaan dana kerajaan. Orang Cina tidak perlu bantuan kerajaan untuk hidup kerana mereka boleh berdikari tetapi apa yang mereka nak lihat ialah amanah yang diberi perlu ditunaikan. Jadi untuk mendapat undi mereka bukan dengan memberikan mereka projek atau kewangan tapi membuktikan ketelusan dalam pentadbiran.
- Bangsa bukan menjadi isu utama bagi orang Cina asalkan yang diperjuangkan itu mencapai kehendak hidup mereka. Bermakna, calon melayu pun boleh meraih undi mereka jika dilihat calon berkenaan dapat memenuhi hasrat mereka walaupun ia kawasan majoriti Cina.
Saya tertanya-tanya, kalaulah MP UMNO yang mintak derma, agak2 berapalah yang mereka akan dapat?
The post Sumbangan Cina kepada Rafizi ada sebab, kata Timbalan Presiden Isma appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Sumbangan Cina kepada Rafizi ada sebab, kata Timbalan Presiden Isma
0 Komentar untuk "Sumbangan Cina kepada Rafizi ada sebab, kata Timbalan Presiden Isma"