Gema Semua Maklumat

Taliban serang bank, lima maut

Taliban serang bank, lima maut

KABUL, 8 Zulhijjah 1438H Rabu – Seorang anggota kumpulan Taliban meletupkan dirinya di sebuah bank di bandar ini, semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya lima terbunuh dan beberapa lagi cedera.

Dalam pada itu, laporan berbeza mengenai kematian akibat serangan udara yang disasarkan ke atas pos pemerintah Taliban di wilayah Herat, barat Afghanistan. Pegawai wilayah itu memberitahu orang awam terbunuh, tetapi Kementerian Pertahanan mengatakan militan Taliban yang terbunuh.

Dalam kejadian di cawangan Bank Kabul tidak jauh dari Kedutaan Amerika Syarikat dan kawasan diplomatik utama di bandar itu, serangan dilakukan di pintu masuk bank, kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri Afghanistan, Najib Danish.

Bahagian depan Bank Kabul itu musnah sama sekali, manakala beberapa pusat perniagaan berdekatan turut rosak.

Najib berkata, sekurang-kurangnya lima orang yang sedang beratur untuk mengambil gaji mereka terbunuh dalam serangan itu.

Pengarah Hospital Kabul, Mohammad Salim Rasouli berkata, sembilan orang turut cedera dalam serangan itu dan jumlahnya mungkin bertambah.

Letupan itu berlaku ketika ramai pegawai kerajaan sedang beratur untuk mengambil gaji mereka sebelum memulakan cuti sambutan Aidil Adha, hujung minggu ini.

Taliban mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu.

Jurucakap kumpulan militan itu, Zabihullah Mujahid berkata, penyerang menyasarkan tempat di mana anggota polis dan askar menunggu gaji masing-masing.

Dalam perkembangan lain, sekurang-kurangnya 13 orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak terbunuh dalam serangan jet pejuang Afghanistan yang menyasarkan pos pemerintah Taliban di wilayah Herat, kata jurucakap gabenor wilayah itu, Gelani Farhad.

Katanya, serangan waktu malam Isnin lalu di daerah Shindand turut mencederakan tujuh orang awam, manakala penjara dan pengkalan Taliban turut menjadi sasaran. – Agensi

The post Taliban serang bank, lima maut appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Taliban serang bank, lima maut
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Taliban serang bank, lima maut"

Back To Top