Gema Semua Maklumat

TH bentuk pasukan khas tangani isu visa jemaah dengan segera

TH bentuk pasukan khas tangani isu visa jemaah dengan segera

SHAH ALAM, 12 Zulkaedah 1438H, Sabtu – Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) telah menubuhkan sebuah pasukan khas bagi menyelesaikan masalah jemaah haji yang tidak dapat berlepas ke Tanah Suci, ekoran masalah visa.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan ia bukan salah Tabung Haji, sebaliknya faktor di Arab Saudi itu sendiri.

Masalah tersebut berlaku berikutan langkah kerajaan Arab Saudi memperketatkan prosedur kawalan keselamatannya.

Katanya, jika sebelum ini, Tabung Haji turut terlibat ketika pemprosesan visa di Arab Saudi, tetapi bermula tahun ini, Kementerian Luar negara itu tidak membenarkan perkara itu kerana terdapat ancaman keselamatan yang memerlukan negara berkenaan mengetatkan prosedurnya.

“Ini yang menyebabkan timbul masalah di mana terdapat sebahagian kecil jemaah meskipun sudah diselesaikan visa dan kuotanya di sini tetapi senarai tersebut tidak selari dengan sistem di Arab Saudi. Sebelum ini perkara sebegini tidak berlaku kerana Tabung Haji dilibatkan sekali di sana.

“Tetapi atas dasar keprihatinan, kita sedang bekerjasama rapat dengan Kementerian Luar Arab Saudi dan saya yakin ia dapat diselesaikan dalam masa terdekat kerana kita tidak mahu perkara ini berlarutan,” katanya yang dipetik daripada akhbar tempatan.

Ketika ini difahamkan terdapat seramai 250 jemaah haji yang terpaksa ditempatkan sementara di Hotel Grand Blue Wave di sini, sehingga isu visa mereka dapat diselesaikan dan dipercayai jumlah tersebut akan bertambah ekoran masalah serupa.

The post TH bentuk pasukan khas tangani isu visa jemaah dengan segera appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di TH bentuk pasukan khas tangani isu visa jemaah dengan segera
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "TH bentuk pasukan khas tangani isu visa jemaah dengan segera"

Back To Top