PUTRAJAYA, 15 Zulkaedah 1438H, Selasa – Kementerian Kewangan menegaskan bahawa tiada dana awam digunakan setakat ini, untuk tujuan menyelesaikan hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada firma pelaburan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC).
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kerajaan bagaimanapun akan memutuskan perkara itu sekiranya 1MDB mahu bantuan untuk mencari jalan penyelesaian bagi menyelesaikan bayaran kepada IPIC, kelak.
Namun beliau menggesa supaya 1MDB memandang serius berhubung kelewatan menyelesaikan pembayaran itu kerana ia turut membabitkan imej negara.
“Sebagai sebuah syarikat, biarlah 1MDB menyelesaikan masalah pembayaran itu tanpa membabitkan kerajaan,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kegagalan 1MDB membuat bayaran berjumlah RM2.58 bilion kepada IPIC seperti yang dipersetujui dalam perjanjian penyelesaian April lalu, yang sepatutnya dijelaskan hujung bulan lepas.
The post Tiada dana awam digunakan bayar hutang 1MDB, kata menteri appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Tiada dana awam digunakan bayar hutang 1MDB, kata menteri
0 Komentar untuk "Tiada dana awam digunakan bayar hutang 1MDB, kata menteri"