PUTRAJAYA, 15 Zulkaedah 1438H, Selasa – Tiga pimpinan tertinggi Felda Investment Corporation (FIC) termasuk pengarahnya, Datuk Nik Azman Mohamed Zain hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.
Nik Azman dan dua lagi ahli lembaga pengarah FIC itu tiba secara berasingan di ibu pejabat suruhanjaya tersebut kira-kira jam 9 pagi.
Kehadiran sekali lagi Nik Azman dipercayai untuk memberi keterangan berhubung pembelian dua hotel mewah di Kuching, Sarawak dan London.
Beliau dilihat keluar dari bangunan suruhanjaya itu kira-kira jam 12.56 tengah hari tadi selepas hampir empat jam memberi keterangan.
Semalam, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, pihaknya akan menyoal siasat beberapa saksi utama berkaitan kes pembelian hotel itu.
“Beberapa saksi utama akan dipanggil untuk merakamkan kenyataan mereka minggu ini. Kami akan mengemas kini siapa yang akan dipanggil… bermula hari ini dan akan berterusan sehingga hujung minggu ini,” kata Dzulkifli.
The post Tiga pimpinan tertinggi FIC hadir beri keterangan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Tiga pimpinan tertinggi FIC hadir beri keterangan
0 Komentar untuk "Tiga pimpinan tertinggi FIC hadir beri keterangan"