DOHA, 16 Zulkaedah 1438H, Rabu – Pesawat penerbangan, Qatar Airways kini boleh mengakses laluan baharu di perairan antarabangsa di Teluk, yang dikawal oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain.
Perkara itu diumumkan oleh agensi penerbangan dunia, Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang berpangkalan di Montreal, semalam.
Jurucakapnya, Anthony Philbin berkata, ICAO telah bekerjasama dengan beberapa negara Timur Tengah bagi memastikan akses yang sama untuk ruang udara pesawat berdaftar Qatar sejak sekatan diumumkan 5 Jun lepas.
“Beberapa laluan udara sedia ada telah terjamin, dan beberapa laluan sementara atau kontigensi baru juga telah dibangunkan, termasuk melalui ruang udara Bahrain dan UAE (antara negara bersekutu yang memutuskan hubungan dengan Qatar),” katanya.
Doha sebelum ini, meminta ICAO meluluskan laluan baharu selepas Arab Saudi, UAE, Bahrain dan Mesir mengharamkan pesawat negara itu di ruang udara mereka sebagai sebahagian daripada keputusan memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar.
Sekatan trafik udara itu menyebabkan 2.4 juta penduduk Qatar bimbang – 90 peratus daripadanya warga asing – kerana terpaksa mengambil laluan yang lebih jauh, seperti ke Asia Tenggara.
“ICAO dan negara-negara yang terlibat akan terus mengawasi kesesuaian laluan berkaitan udara dan pengurusan lalu lintas udara, yang mungkin masih tertakluk kepada pengubahsuaian selanjutnya jika perlu, dengan persetujuan bersama,” kata Philbin.- Agensi
The post UAE, Bahrain beri laluan udara baru kepada Qatar Airways appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di UAE, Bahrain beri laluan udara baru kepada Qatar Airways
0 Komentar untuk "UAE, Bahrain beri laluan udara baru kepada Qatar Airways"