SICHUAN, 16 Zulkaedah 1438H, Rabu – Angka korban gempa bumi di wilayah Sichuan di kawasan pergunungan barat daya China meningkat kepada 100 orang dan ribuan yang lain mengalami kecederaan.
Gempa bumi kuat berukuran magnitud 7 itu menggegarkan destinasi pelancongan terkenal Jiuzhaigou. kira-kira jam 9.19 malam tadi.
Suruhanjaya Pengurangan Bencana Alam Nasional China dalam satu kenyataan berkata, analisis awal mendapati lebih 130,000 rumah juga telah musnah dalam bencana itu.
Pentadbiran gempa bumi Sichuan berkata, pusat gempa terletak di daerah Ngawa, sebahagian besarnya didiami etnik Tibet.
Seorang pemilik restoran berdekatan tempat kejadian memberitahu, gempa bumi yang berlaku kali lebih kuat dari yang pernah berlaku pada tahun 2008.
“Tapi saya tak pasti bagaimana mangsa yang terkorban setakat ini,” katanya.
Pada Mei 2008, gempa bumi berukuran magnitud 8 menggegarkan wilayah itu menyebabkan hampir 70,000 orang terbunuh, manakala pada April 2013, kira-kira 200 maut dalam gempa berukuran magnitud 6.6. – Agensi
The post Gempa bumi di China: Angka korban cecah 100 orang appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Gempa bumi di China: Angka korban cecah 100 orang
0 Komentar untuk "Gempa bumi di China: Angka korban cecah 100 orang"