Gema Semua Maklumat

218,861 kesalahan jalan raya dirakam Awas sejak April lalu

218,861 kesalahan jalan raya dirakam Awas sejak April lalu

GUA MUSANG, 20 Zulhijjah 1438H, Isnin – Sebanyak 218,861 kesalahan jalan raya dirakam menerusi Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) sejak pelaksanaannya 15 April lalu.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, statistik itu meliputi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara).

Beliau berkata, berdasarkan statistik, 199,948 kesalahan melibatkan pemanduan melebihi had laju dan 18,913 kesalahan melanggar lampu isyarat merah.

“Dua lokasi paling tinggi kesalahan had laju adalah di Lebuhraya Plus-Kampar dan Lebuhraya Utara Selatan – Slim River,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Penutup Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ), di Astaka Paloh 2, di sini.

Ab Aziz turut melahirkan kebimbangan apabila 7,000 kematian melibatkan kemalangan jalan raya berlaku pada tahun lalu.

“Berdasarkan statistik, seramai 18 orang maut setiap hari akibat kemalangan jalan raya di mana ia menunjukkan peningkatan sedangkan kita mahu mengurangkan 50 peratus daripadanya.

“Selain program advokasi menerusi kerjasama dengan agensi-agensi yang terlibat, kita juga mengharapkan agar masyarakat dapat mematuhi peraturan dan undang-undang ditetapkan.

“Sejak 2009 lagi, kita memperkenalkan program SKSJ di mana ia memberi keutamaan kepada golongan warga emas untuk memiliki lesen motosikal dengan harga jauh lebih rendah sebagai salah satu usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya,” katanya.

The post 218,861 kesalahan jalan raya dirakam Awas sejak April lalu appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 218,861 kesalahan jalan raya dirakam Awas sejak April lalu
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "218,861 kesalahan jalan raya dirakam Awas sejak April lalu"

Back To Top