Gema Semua Maklumat

Kadar bayaran ibadah haji musim depan kekal: Asyraf Wajdi

Kadar bayaran ibadah haji musim depan kekal: Asyraf Wajdi

PASIR PUTEH, 20 Zulhijjah 1438H, Isnin – Kadar bayaran menunaikan ibadah haji musim hadapan tidak akan dinaikkan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Menjanjikan perkara itu, beliau berkata, kerajaan tidak bercadang menaikkan kadar bayaran sekali gus menjadikan ia yang paling rendah berbanding kos dibayar jemaah negara lain.

Katanya, kerajaan akan mengekalkan kos pengurusan ibadah haji dengan menampung bantuan subsidi bagi setiap jemaah haji walaupun berdepan kenaikan kadar perbelanjaan setiap tahun.

“Kos sebanyak RM9,980 adalah kekal dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat gesaan supaya subsidi sedia ada dikekalkan sebagai tanda keprihatinan kerajaan kepada jemaah haji di negara ini,” katanya.

The post Kadar bayaran ibadah haji musim depan kekal: Asyraf Wajdi appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kadar bayaran ibadah haji musim depan kekal: Asyraf Wajdi
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Kadar bayaran ibadah haji musim depan kekal: Asyraf Wajdi"

Back To Top