Gema Semua Maklumat

Abon mahu lebih mengenali Isma

Abon mahu lebih mengenali Isma

Oleh Athirah Huda Zalhe

SHAH ALAM, 26 Zulhijjah 1438H, Ahad – Pelakon dan pelawak terkenal, Abon mendedahkan bahawa beliau kini perlahan-lahan meninggalkan dunia seni dan menfokuskan terhadap kerja sosial kepada masyarakat.

Abon atau Sharizan Ahmad, 56, berkata, beliau mengambil keputusan berkenaan selepas dinobatkan juara program di Astro, Maharaja Lawak Mega (MLM) 2012.

“Itulah masa-masa tepat. Sebenarnya saya rasa dah terlalu lama dalam industri seni daripada 1979 dan di hujung usia saya ini saya mahu masa bersama keluarga dan khidmat sosial kepada masyarakat.

“Jika saya berundur waktu kejatuhan saya, ia mungkin dipandang negatif oleh masyarakat dengan pelbagai dakwaan,” katanya yang mengakui masih menerima banyak tawaran berlakon, namun menolaknya.

Ditanya mengenai perkembangan semasa ketika ini, beliau kini banyak terlibat dengan kerja-kerja amal bersama dengan beberapa anggota beruniform seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

“Saya terlibat dengan kerja amal seperti pasukan APM, saya dianugerahkan pangkat Mejar. Saya juga diminta untuk membantu pasukan RELA. Ia bukan kerana pangkat dan nama, tetapi apa yang saya lihat pada waktu ini adalah khidmat sosial saya.

“Saya juga terlibat EZ Kembara dan EZ Qurban, yang saya kira tempat untuk wadah saya membuat jariah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Ismaweb.net pada Malam Inspirasi Pejuang 2017 (Pejuang 2017) anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) di sini, malam tadi.

Abon berkata, beliau pada awalnya merasakan Isma sebagai sebuah organisasi biasa sewaktu dimaklumkan secara umum mengenai penganjuran Malam Inspirasi Pejuang 2017, ketika dilamar sebagai pengacara program kali ketiga itu.

“Namun, ia mengubah persepsi saya seratus peratus, selepas mendengar bait-bait lagunya dan ucapan Presiden Isma sendiri. NGO yang tidak memandang harta dan pangkat sebagai keutamaan. Ia membuatkan saya mahu lebih mengenali Isma. Mana ada perniagaan yang tidak mahu untung. Rupanya ada perjuangan di sebalik itu.

“Ia sebagai medium untuk mereka menjalankan kerja-kerja amal jariah, sosial dan tanggungjawab.

“Sebab itu saya kata ini tanggungjawab DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka) lebih besar pada itu, mungkin kalau dalam keadaan Isma begitu saya rungkaikan perkataaan I.S.M.A itu adalah ‘isu sejagat masalah anda’, mengangkat martabat isu-isu sejagat,” katanya.

The post Abon mahu lebih mengenali Isma appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Abon mahu lebih mengenali Isma
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Abon mahu lebih mengenali Isma"

Back To Top