Gema Semua Maklumat

Sidang media khas PM di PWTC petang ini

Sidang media khas PM di PWTC petang ini

BANGI, 26 Zulhijjah 1438H, Ahad – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan satu sidang media khas di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), petang ini.

Bagaimanapun, pihak media tidak dimaklumkan butiran mengenai sidang media itu.

Beberapa pihak tidak menolak kemungkinan Najib akan mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) diadakan.

Tetapi, kebiasaannya sidang media pengumuman pembubaran Dewan Rakyat diadakan di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

Difahamkan, semua Ahli Majlis Tertinggi UMNO diarah hadir pada sidang media khas yang dijadualkan pada jam 4.45 petang ini.

Lawatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke Perlis disingkatkan, manakala majlis menteri berkenaan pada waktu itu dibatalkan.

The post Sidang media khas PM di PWTC petang ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Sidang media khas PM di PWTC petang ini
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Sidang media khas PM di PWTC petang ini"

Back To Top