KANGAR, 3 Muharram 1439H, Ahad – Salah sebuah sekolah yang terjejas banjir di Perlis sejak beberapa hari kebelakangan ini akan ditutup esok sebagai langkah keselamatan.
Pengarah Pendidikan negeri, Izmi Ismail berkata, Sekolah Kebangsaan Sri Indera di sini akan ditutup esok, meskipun banjir di kawasan itu telah surut.
Katanya, keadaan lantai di beberapa bilik darjah di bangunan sekolah berkenaan licin dibimbangi menimbulkan bahaya kepada murid dan guru.
Izmi berkata, pihak sekolah berkenaan akan mengadakan gotong-royong untuk membersihkan bangunan itu, turut disertai ibu bapa dan guru.
Sementara, sesi bagi tujuh buah sekolah lain yang digunakan sebagai pusat pemindahan banjir antaranya MRSM Beseri, SK Bintong, SK Panggau, SK Sri Perlis, SK Sena, SK Kubang Gajah dan SK Kampung Serdang akan berjalan seperti biasa esok.
“Kita telah melawat sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai pusat pemindahan banjir, yang hanya menggunakan dewan dan tidak menjejaskan bilik darjah,” katanya.
The post Banjir: Sebuah sekolah di Perlis terpaksa ditutup esok appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Banjir: Sebuah sekolah di Perlis terpaksa ditutup esok
0 Komentar untuk "Banjir: Sebuah sekolah di Perlis terpaksa ditutup esok"