Gema Semua Maklumat

Rakyat perlu bersama-sama jaga keamanan negara

Rakyat perlu bersama-sama jaga keamanan negara

PORT DICKSON, 3 Muharram 1439H, Ahad – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa rakyat agar bersama-sama mendokong keamanan di negara ini.

Beliau berkata, isu keselamatan negara tidak boleh diserahkan sepenuhnya kepada pihak polis dan agensi penguat kuasa, tetapi harus dipikul bersama oleh semua pihak.

“Keganasan boleh berlaku di mana-mana dan bila-bila masa saja di negara kita dan kita perlu berterima kasih kepada pasukan polis yang sentiasa bersiap-siaga.

Tanpa mereka kita tidak akan hidup dalam keadaan harmoni dan aman,” katanya ketika diwawancara secara langsung oleh Peneraju Bernama Radio Amar Yusoff bersempena dengan program Ekspresi Negaraku di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, isu keselamatan bukan hanya dihayati semasa pameran-pameran agensi kerajaan diadakan, tetapi sepanjang masa.

“Saya selaku orang yang dipertanggungjawabkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, akan terus komited untuk menterjemah soal keselamatan ini,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid merasmikan program Ekspresi Negaraku di Dataran Seri Kemang, Teluk Kemang dekat sini, yang turut dihadiri Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Antara acara yang dianjurkan sepanjang program ini ialah sesi memanaskan badan Fit Malaysia diikuti Larian Bendera Negaraku yang disertai 3,500 peserta.

Ekspresi Negaraku yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 18 Mac lalu adalah satu inisiatif yang menyediakan platform bagi rakyat menzahirkan rasa cinta pada negara dan Negeri Sembilan merupakan destinasi yang ketujuh.

Ia juga menyediakan platform untuk memaparkan pelbagai kisah kejayaan dan sumbangan individu, komuniti serta organisasi yang telah mencipta nama untuk negara.- Bernama

The post Rakyat perlu bersama-sama jaga keamanan negara appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Rakyat perlu bersama-sama jaga keamanan negara
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Rakyat perlu bersama-sama jaga keamanan negara"

Back To Top