KAHERAH, 11 Zulhijjah 1438H, Sabtu – Britain menarik balik larangan membawa komputer riba untuk penumpang EgyptAir dari Kaherah ke negara itu.
Syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan berkata, larangan itu akan ditarik semula bagi semua penerbangan EgyptAir dari Kaherah ke United Kingdom.
Keputusan itu diputuskan selepas pihak berkuasa pengangkutan UK meluluskan langkah keselamatan yang dilaksanakan ke atas semua penerbangan syarikat itu ke London.
Sebelum ini, Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan larangan membawa komputer riba ke atas lapan negara Afrika Utara dan Asia Barat.
Larangan itu dibuat berdasarkan maklumat risikan bahawa militan Daesh sedang dalam proses meletak bom di dalam peranti elektronik atau komputer riba.
Larangan itu kemudiannya diguna pakai Britain yang melarang sebarang peranti elektronik untuk semua penerbangan terus dari Turki, Jordan, Mesir, Lubnan, Arab Saudi dan Tunisia.
AS bagaimanapun menarik semula larangan itu pada Julai lalu. – Agensi
The post Britain tarik balik larangan bawa komputer riba appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Britain tarik balik larangan bawa komputer riba
0 Komentar untuk "Britain tarik balik larangan bawa komputer riba"