Gema Semua Maklumat

Bunuh polis: Lelaki ditahan

Bunuh polis: Lelaki ditahan

SHAH ALAM, 10 Zulhijjah 1438H, Jumaat – Seorang lelaki berusia 34 tahun ditahan awal pagi ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan Lans Koperal Valentino Mesa, 29, yang ditetak dan ditembak ketika bertugas di Balai Polis Pinggiran USJ, semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor yang mengesahkan perkara itu berkata sebelum itu suspek yang berasal dari Sibu, Sarawak dipanggil beri keterangan pada sebelah malam.

“Suspek akan dipohon untuk reman pagi ini. Ia adalah proses siasatan yang dilakukan mengikut peruntukan siasatan sedia ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau tidak mahu orang ramai membuat sebarang spekulasi ke atas penahanan ini kerana akan menjejaskan siasatan sepertimana tular sebelum ini.

Valentino yang bertugas sendirian, ditemukan mati dengan kesan tetakan pada kepala serta tembakan jarak dekat di Balai Polis Pinggiran USJ, pada 3.25 pagi semalam.

Kejadian disedari anggota Unit Kereta Peronda (MPV) yang kembali ke balai terbabit selepas selesai rondaan.-   Bernama

The post Bunuh polis: Lelaki ditahan appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Bunuh polis: Lelaki ditahan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Bunuh polis: Lelaki ditahan"

Back To Top