Oleh Athirah Huda Zalhe
BANGI, 10 Zulhijjah 1438H, Jumaat – Pasukan Isma Kuala Lumpur FC yakin kesefahaman antara pemain dalam skuad itu akan membuahkan hasil pada kejohanan Piala Presiden Isma 2017, yang bakal berlangsung pertengahan bulan ini.
Pengurus pasukannya, Abdullah Husaini Zainuddin berkata, beliau yakin aspek kesefahaman dan kerjasama dapat membantu skuad berkenaan memberi corak permainan yang baik selain sudut taktikal, bagi merangkul gelaran juara pada kejohanan kali kedua itu.
“Semestinya kita menyasarkan kedudukan juara. Namun, kita juga bersedia untuk berdepan dengan pesaing-pesaing hebat terdahulu dan beberapa lagi pasukan lain yang bakal menunjukkan taring mereka tahun ini.
“Pasukan Kelantan adalah pasukan yang menang dari sudut semangat berpasukan. Mereka menjadi pencabar utama kita dari sudut itu, kerana kekuatan kami berkait rapat.
“Bagaimanapun, dari sudut taktikal, pasukan-pasukan lain turut mempunyai skill masing-masing yang tidak boleh diduga, seperti Selangor, Perak dan Az-Zahrah,” katanya kepada Ismaweb, hari ini.
Ditanya mengenai rutin latihan dan persiapan fizikal menjelang kejohanan, beliau berkata, pemain kini giat berlatih sebanyak dua kali seminggu.
“Kebanyakan pemain kita adalah bawah 20 tahun dan terdapat di antara mereka merupakan pemain kelab bola sepak tempatan.
“Kita yakin dengan komitmen yang ditonjolkan oleh jurulatih dan pemain setakat ini,” katanya.
Sebanyak enam belas pasukan bakal berentap pada kejohanan kali ini yang mewakili negeri masing-masing termasuk pasukan jemputan, Azzahrah FC dan Pejuang FC, yang akan diadakan di Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
The post Piala Presiden Isma 2017: KL yakin kesefahaman bakal buahkan hasil appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Piala Presiden Isma 2017: KL yakin kesefahaman bakal buahkan hasil
0 Komentar untuk "Piala Presiden Isma 2017: KL yakin kesefahaman bakal buahkan hasil"