Gema Semua Maklumat

Gagal langsai ganti rugi, Rafizi terima notis muflis

Gagal langsai ganti rugi, Rafizi terima notis muflis

BANGI, 3 Muharram 1439H, Ahad – Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menerima notis muflis susulan kegagalannya membayar ganti rugi dan kos berkaitan dalam saman fitnah melibatkan National Feedlot Corporation (NFC) berjumlah RM306,999.17.

Pada November lalu, Rafizi diperintah membayar RM150,000 kepada Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh dan RM50,000 kepada NFC susulan kenyataannya berkaitan pembelian sebuah kondominium di KL Eco City.

Rafizi juga diperintah membayah mahkamah RM100,000 untuk kos guaman melibatkan prosiding itu.

Notis yang disiarkan dalam akhbar tempatan menyebut, NFC dan Salleh telah mendapatkan notis berkenaan terhadap Naib Presiden PKR itu daripada Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Dokumen bertarikh 13 Julai itu berkuatkuasa pada 12 September, dan menyatakan bahawa Rafizi boleh memfailkan bantahan dalam masa tujuh hari daripada tarikh penerimaan.

Sementara itu, akhbar harian berbahasa Inggeris melaporkan bahawa notis berkenaan disahkan oleh Salleh, dan berkata beliau dan peguamnya telah menghubungi Rafizi namun tiada maklum balas diterima sehingga kini.

The post Gagal langsai ganti rugi, Rafizi terima notis muflis appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Gagal langsai ganti rugi, Rafizi terima notis muflis
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Gagal langsai ganti rugi, Rafizi terima notis muflis"

Back To Top