Gema Semua Maklumat

JPN Perlis benar murid terjejas banjir berpakaian biasa ke sekolah

JPN Perlis benar murid terjejas banjir berpakaian biasa ke sekolah

BANGI, 3 Muharram 1439H, Ahad – Pelajar yang terjejas banjir dibenarkan untuk ke sekolah esok dengan berpakaian biasa, kata Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis.

Jabatan itu berkata, pelajar juga tidak perlu bimbang sekiranya peralatan sekolah dan buku rosak susulan kejadian banjir di negeri itu.

Sebaliknya, hanya perlu hadir ke sekolah sebagaimana biasa esok, kata JPN dalam satu kenyataan, hari ini.

JPN turut menasihatkan ibu bapa di kawasan terbabit banjir supaya memastikan anak mereka hadir ke sekolah.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menasihatkan orang ramai terutama kanak-kanak agar tidak bermain di tebing lima sungai kerana airnya deras.

Sungai berkenaan ialah Sungai Korok, Sungai Abi, Sungai Santan, terusan Lencongan Utara dan Sungai Perlis.

“Ibu bapa dinasihatkan agar mengawasi anak mereka supaya tidak bermain di kawasan tebing sungai terbabit bagi mengelak kejadian tidak diingini,” katanya kenyataan itu.

JPS memaklumkan hujan lebat di negeri ini sekarang menyebabkan paras air di Empangan Timah Tasoh di Beseri, dekat sini meningkat kepada 29.91 meter malam tadi, iaitu pada paras bahaya.

Berikutan itu, JPS terpaksa melepaskan air dari empangan terbabit untuk menurunkan air ke paras normal, menyebabkan aliran air deras masuk ke kelima-lima sungai berkenaan.

The post JPN Perlis benar murid terjejas banjir berpakaian biasa ke sekolah appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di JPN Perlis benar murid terjejas banjir berpakaian biasa ke sekolah
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "JPN Perlis benar murid terjejas banjir berpakaian biasa ke sekolah"

Back To Top