Gema Semua Maklumat

Gempa bumi lemah di Tongod, Sabah

Gempa bumi lemah di Tongod, Sabah

KUALA LUMPUR, 3 Muharram 1439H, Ahad – Satu gempa bumi lemah dilaporkan berlaku di 35km timur laut Tongod, Sabah pada 8.25 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) dalam kenyataan media hari ini memaklumkan gempa bumi berukuran 3.8 pada skala Richter mungkin dirasai gegarannya di sekitar kawasan Tongod dan Beluran, Sabah.

JMM turut memaklumkan satu gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina, 49km barat daya Bandar Valencia, Filipina dan 752km timur Laut Kinabatangan, Sabah.

Kejadian pada 4.47 pagi tadi bagaimanapun tidak memberi ancaman tsunami, menurut jabatan itu.- Bernama

The post Gempa bumi lemah di Tongod, Sabah appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Gempa bumi lemah di Tongod, Sabah
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Gempa bumi lemah di Tongod, Sabah"

Back To Top