BANGI, 3 Muharram 1439H, Ahad – Malaysia dan China sedang memantau dekat aktiviti militan di rantau ini bagi menghalang mereka daripada menubuhkan kubu kuat di Asia Tenggara.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kedua-dua negara berkenaan akan bekerjasama untuk mencairkan pengaruh kumpulan itu di rantau ini.
“Jika IS berjaya membina pangkalan di Asia Tenggara, ia bukan sahaja akan mengancam keselamatan dan kestabilan di rantau Asean, tetapi juga mengancam negara jiran termasuk China,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau dijadual bertemu dengan Setiausaha Suruhanjaya Hal Ehwal Politik dan Perundangan Pusat Parti Komunis China, Meng Jianzhu, Anggota Dewan Negara Republik China, Yang Jiechi dan rakan sejawatnya, Jeneral Chang Wanquan bagi membincangkan hubungan dua hala itu.
The post Malaysia bekerjasama dengan China pantau dekat aktiviti militan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Malaysia bekerjasama dengan China pantau dekat aktiviti militan
0 Komentar untuk "Malaysia bekerjasama dengan China pantau dekat aktiviti militan"