Gema Semua Maklumat

Guru kelahiran Sabah terima anugerah inovasi antarabangsa

Guru kelahiran Sabah terima anugerah inovasi antarabangsa

Sumber foto: New Straits Times (NST)

BANGI, 3 Muharram 1438H, Ahad – Seorang guru Malaysia kelahiran Kota Belud, Sabah mengharumkan negara apabila menjuarai Anugerah Kecemerlangan Guru dalam bidang Keusahawanan dan Inovasi Antarabangsa sempena Persidangan Keusahawanan dan Inovasi di Paris, semalam.

Mohd Sirhajwan Idek, 29, merupakan wakil tunggal Asia yang berada dalam senarai 10 finalis, bersama guru lain dari Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), Russia, Jerman, Kanada, Denmark dan Colombia.

Tuah guru bahasa Inggeris Kolej Vokasional Keningau, Sabah itu apabila beliau berjaya menewaskan 10 pesaingnya dengan projek yang dihasilkan berasaskan pembelajaran untuk menggalakkan pelajar menceburi inovasi dan keusahawanan.

Memetik akhbar Berita Harian (BH), Sirhajwan bersyukur dengan kejayaan itu sekali gus mendedikasikannya kepada kedua ibu bapa beliau serta ahli keluarga yang memberi dorongan.

“Alhamdulillah kejayaan ini hadir pada 1 Muharram 1439 Hijrah, tahun yang amat penting dalam sejarah umat Islam. Ia permulaan baik bagi saya untuk berhijrah melakukan lebih baik demi agama, negara dan bangsa saya (Bajau),” katanya.

Kejayaan itu melayakkan Sirhajwan menerima sijil dan keahlian International for Professional Innovation Management (ISPIM) selama setahun, sekali gus berpeluang menyertai program organisasi itu di Melbourne, Australia dan Boston, AS dalam tempoh berkenaan.

Anugerah berkenaan menilai 29 penyertaan terbaik dari seluruh dunia sebelum 15 diundang menghantar penyertaan penuh bagi memilih 10 terbaik.

Program bertaraf antarabangsa itu anjuran Academic Conferences and Publishing International Limited (ACPI), organisasi berpangkalan di London yang mengendalikan perhimpunan penyelidik akademik antarabangsa dan menggalakkan penyelidikan akademik cemerlang melalui penerbitan.

Kejayaan semalam merupakan yang keempat diperolehi oleh Sirhajwan di peringkat global sepanjang tahun ini dan sebelumnya.

Tiga lagi anugerah diraihnya adalah biasiswa ‘Macmillan English’ anjuran Macmillan Education Teachers at the Heart di UK pada 2016, biasiswa International Association of Teachers of English as a Foreign Language (IATEFL) kategori Express Publishing 2017 dan antara 50 finalis Hadiah Guru Global 2017.

The post Guru kelahiran Sabah terima anugerah inovasi antarabangsa appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Guru kelahiran Sabah terima anugerah inovasi antarabangsa
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Guru kelahiran Sabah terima anugerah inovasi antarabangsa"

Back To Top