Gema Semua Maklumat

Halimah angkat sumpah Presiden Singapura Khamis ini

Halimah angkat sumpah Presiden Singapura Khamis ini

SINGAPURA, 21 Zulhijjah 1438H, Selasa – Halimah Yacob dijangka mengangkat sumpah sebagai Presiden Singapura, Khamis ini, lapor akhbar The Straits Times.

Beliau bakal menjadi wanita pertama Singapura, menjawat jawatan Presiden republik iti bagi tempoh enam tahun.

Bekas Speaker Parlimen Singapura itu berjanji melakukan perkara terbaik untuk rakyat Singapura sebaik diumumkan menang tanpa bertanding kelmarin.

Halimah menjadi Presiden kedua Singapura berbangsa Melayu, selepas menjadi satu-satunya calon yang mendapat sijil kelayakan bertanding yang dikeluarkan Jawatan Kuasa Pemilihan Presiden.

Sebelum ini, Yusof Ishak pernah menjadi Presiden pertama negara itu selepas Singapura keluar dari Malaysia.

Pilihan Raya Presiden Singapura menyaksikan ia dikhaskan kepada komuniti Melayu berikutan perubahan skim pengundian Presiden yang diluluskan Parlimen pada November lepas.

The post Halimah angkat sumpah Presiden Singapura Khamis ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Halimah angkat sumpah Presiden Singapura Khamis ini
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Halimah angkat sumpah Presiden Singapura Khamis ini"

Back To Top