BANGI, 15 Zulhijjah 1438H, Rabu – Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan berhubung penahanan kakitangannya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki rasuah.
Syarikat minyak negara itu berkata, penangkapan itu dibuat selepas siasatan dalaman terhadap kakitangan terbabit dijalankan sebelum dilaporkan kepada SPRM.
“Petronas juga membantu SPRM menyiasat mengenai kes itu, sebelum penangkapan tersebut dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Petronas berkata, pihaknya tidak membenar atau bertoleransi dengan sebarang bentuk salah laku dalam kalangan kakitangan serta kontraktornya.
Petronas telah bekerjasama dengan SPRM sejak tahun 2012 untuk mengekang dan mencegah rasuah dan salah laku, bukan hanya dalam kalangan pekerja dalam kumpulan syarikatnya, tetapi juga kontraktor dan penyedia perkhidmatan pihak ketiga.
Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini menahan reman pengurus projek Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) bersama dua individu lain kerana disyaki terlibat mengemukakan invois palsu berjumlah RM23.7 juta.
Mereka dipercayai bekerjasama dalam mengemukakan tiga invois palsu berjumlah RM23.7 juta antara April dan Jun 2015.
Difahamkan, invois palsu itu dikemukakan bagi kerja-kerja The Provision of Jack-up Drilling Rig Çosl Boss for PCSB Drilling Programme yang berjumlah AS$5.56 juta (RM23.7 juta).
Ketiga-tiga invois itu sudah dibayar oleh pihak PCSB kepada syarikat kontraktor itu namun tiada kerja-kerja dilaksanakan bagi tuntutan tersebut.
The post Petronas sahkan kakitangannya ditahan SPRM appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Petronas sahkan kakitangannya ditahan SPRM
0 Komentar untuk "Petronas sahkan kakitangannya ditahan SPRM"