Gema Semua Maklumat

Iraq tawan semula Tal Afar dari Daesh

Iraq tawan semula Tal Afar dari Daesh

BAGHDAD, 10 Zulhijjah 1438H, Jumaat – Iraq mengumumkan kejayaan tenteranya menawan semula bandar Tal Afar dan wilayah di sekitarnya daripada kumpulan pengganas Daesh, dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, Haider al-Abadi mengesahkan kemenangan yang dicapai oleh tentera negara itu, selepas berjaya menawan semula wilayah Niveneh

“Kegembiraan kami adalah mutlak, kemenangan sudah dicapai dan wilayah Niveneh kini dalam genggaman tentera kami,” ujar kenyataan tersebut.

Kemenangan itu muncul beberapa minggu selepas tentera Iraq disokong oleh pakatan diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) mengusir Daesh dari Mosul.

Daesh kehilangan banyak wilayah tawanannya dan beribu-ribu anggotanya terbunuh sejak 2014, ketika pakatan ditubuhkan untuk menumpaskan mereka.- Agensi

The post Iraq tawan semula Tal Afar dari Daesh appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Iraq tawan semula Tal Afar dari Daesh
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Iraq tawan semula Tal Afar dari Daesh"

Back To Top