Gema Semua Maklumat

Jordan buka semula sempadan utama dengan Iraq

Jordan buka semula sempadan utama dengan Iraq

AMMAN, 10 Zulhijjah 1438H, Jumaat – Jordan membuka semula sempadan utamanya dengan Iraq secara rasmi pada Rabu lalu, kali pertama sejak 2015 selepas pasukan Iraq berjaya menguasai jalan raya utama ke Baghdad daripada kumpulan pengganas Daesh.

Menurut agensi berita antarabangsa, pembukaan semula persimpangan Turaibil al-Karamah yang dijadualkan pada 3 September ini, diawalkan selepas melihat keadaan keselamatan yang bertambah baik.

“Pembukaan persimpangan itu sangat penting bagi Jordan dan Iraq…ia adalah arteri yang penting, Jordan dan Iraq telah membincangkan pembukaan semula untuk sementara waktu,” kata Menteri Dalam Negeri, Ghaleb al Zubi.

Tentera Iraq menutup pos Tureib, di sempadan 180 kilometer itu pada musim panas 2014 lalu selepas militan menawan hampir semua lintasan rasmi sempadan barat sewaktu memegang satu pertiga dari negara itu.

Trafik perdagangan berterusan selama setahun sehingga Iraq melancarkan serangan pada Julai 2015 untuk menuntut kembali wilayah Sunni Anbar.

Sejak tahun lalu, tentera Iraq telah memulihkan sebahagian besar bandar-bandar utama di Anbar yang jatuh di tangan kumpulan pengganas itu.- Agensi

The post Jordan buka semula sempadan utama dengan Iraq appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Jordan buka semula sempadan utama dengan Iraq
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Jordan buka semula sempadan utama dengan Iraq"

Back To Top