CAMERON HIGHLANDS, 4 Muharram 1439H, Isnin – Orang ramai yang mempunyai maklumat serta mengetahui kewujudan maahad tahfiz yang tidak berdaftar diminta memaklumkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
Ini kerana, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, pihaknya ketika ini berdepan kesukaran untuk melakukan pemeriksaan keselamatan ke atas premis yang tidak berdaftar seperti diarahkan oleh Kabinet kerana kekurangan maklumat mengenainya.
“Kalau maahad tahfiz yang berdaftar, tiada masalah sangat. Mereka datang kepada pihak bomba kerana salah satu syarat untuk pendaftaran, mesti mendapatkan kelulusan Jabatan Bomba.
“Cuma yang tidak berdaftar ini kita bimbang, maknanya tiada kelulusan bomba. Bomba terpaksa cari. Mungkin orang ramai yang mengetahui kewujudan maahad tahfiz di kawasan mereka boleh memaklumkan pada bomba untuk pemeriksaan dilakukan.
“Ketika ini, pemeriksaan ke atas maahad tahfiz berdaftar masih berjalan dan kami memerlukan masa sebulan. Pada masa sama, kami akan beri maklum balas kepada Kabinet dari semasa ke semasa termasuk masalah yang dihadapi oleh maahad tahfiz ,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ringlet di sini, hari ini.
Justeru, katanya, kerjasama dari semua pihak termasuk orang ramai dan Jabatan Agama Islam negeri adalah amat diperlukan bagi mengelak insiden Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah daripada berulang.
The post Jabatan Bomba minta bantuan orang ramai maklum kewujudan maahad tahfiz tak berdaftar appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Jabatan Bomba minta bantuan orang ramai maklum kewujudan maahad tahfiz tak berdaftar
0 Komentar untuk "Jabatan Bomba minta bantuan orang ramai maklum kewujudan maahad tahfiz tak berdaftar"