BANGI, 20 Zulhijjah 1438H, Isnin – Pendakwah bebas, Dr Ridhuan Tee Abdullah memberi amaran kepada ultra kiasu untuk tidak sewenang-wenangnya mengubah Islam yang diamalkan di negara ini mengikut versi mereka.
“Saya tertanya-tanya ultra kiasu mahukan versi Islam macam mana? Macam yang kita faham? Atau macam yang dia faham? Kalau ikut apa yang dia faham, haru-biru negara ini. Zina, judi, arak, seks bebas berleluasa.
“Ultra kiasu mahukan kita jadi seperti Barat. Malah, lebih Barat daripada Barat. Jika inilah versi ultra kiasu, langkah mayat kami dulu. Kami, umat Islam tidak akan merelakannya, kecuali ultra kiasu Melayu yang telah menjadi ahli mereka,” tulisnya di Ismaweb. net hari ini.
Selain itu Ridhuan Tee secara sindir berkata, ultra kiasu tidak usah perasan yang mereka sahaja bijak, (meskipun sebahagian pemimpin mereka mendapat latihan daripada Yahudi), kerana hakikatnya Melayu Islam juga bijak jika mereka sedar diri dan tidak mudah dibeli.
Ikuti tulisan beliau dalam ruang kolumnis ismaweb.net hari ini yang mengupas mengenai isu ‘Bahaya Islam versi ultra kiasu dan langkah mayat kami dulu’.
The post ‘Kalau kami ekstrem sudah lama ultra kiasu kena tendang’ appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di ‘Kalau kami ekstrem sudah lama ultra kiasu kena tendang’
0 Komentar untuk "‘Kalau kami ekstrem sudah lama ultra kiasu kena tendang’"