Gema Semua Maklumat

Lagi Rohingya maut terpijak periuk api Myanmar

Lagi Rohingya maut terpijak periuk api Myanmar

COX’S BAZAR (Bangladesh), 20 Zulhijjah 1438H, Isnin – Rancangan Myanmar mahu menghapuskan umat Islam Rohingya dibuat dengan pelbagai cara kejam, asalkan setiap hari ada sahaja etnik itu terkorban.

Semalam, tiga etnik Rohingya maut selepas terpijak periuk api atau jerangkap samar yang ditanam regim negara itu di sempadan Myanmar dan Bangladesh.

Pemerintah Pengawal Sempadan Bangladesh di Cox’s Bazar, Leftenan Kolonel Manzurul Hasan Khan, memberitahu, pihaknya terdengar letupan, kira-kira 100 meter dari sempadan.

“Mangsa yang terselamat memberitahu dia bersama tiga lagi di tempat kejadian. Menurut mangsa itu, tiga rakannya mati di tempat kejadian akibat letupan dipercayai periuk api,” katanya.

Sebelum ini, dua kanak-kanak pelarian Rohingya juga cedera akibat letupan periuk api di sempadan kedua-dua negara, apabila salah seorangnya putus kaki.

Sumber kerajaan Banglasdesh mengesahkan, pemasangan periuk api itu berdasarkan bukti bergambar dan pemberi maklumat.

“Tentera kami (Bangladesh) juga nampak tiga, empat kumpulan memasang sesuatu dalam tanah. Kami kemudian mengesahkannya dengan pemberi maklumat bahawa mereka memasang periuk api bersama pagar kawat duri,” kata sumber itu. -Agensi

The post Lagi Rohingya maut terpijak periuk api Myanmar appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Lagi Rohingya maut terpijak periuk api Myanmar
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Lagi Rohingya maut terpijak periuk api Myanmar"

Back To Top