Gema Semua Maklumat

‘Kalau ultra kiasu nak mandi arak sekalipun buat di tempat tertutup’

‘Kalau ultra kiasu nak mandi arak sekalipun buat di tempat tertutup’

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 28 Zulhijjah 1439H, Selasa – Memberi alasan hanya untuk bukan Islam dan pelancong akan lari disebabkan pembatalan pesta arak bulan depan, menunjukkan kebodohan pemimpin ultra kiasu, kata pendakwah bebas, Dr Ridhuan Tee Abdullah.

Beliau yang geram dengan beberapa pemimpin ultra kiasu apabila membantah keras keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membatalkan ‘The Better Beer Festival 2017’ pada 6 dan 7 Oktober ini, berkata:

“Bodoh sungguh ultra kiasu ini. Inilah bahaya jika mereka berkuasa nanti. Negara ini akan bermandi arak. Justeru, umat Islam mesti menolak ultra kiasu ini dalam PRU 14 akan datang.

“Alasan sangat bodoh mengatakan bahawa pelancong di sini mahu minum, sedangkan mereka bermandi arak di negara mereka dan kualiti arak mereka itulah juga yang kita import. Jadi, sebenarnya apa masalah mereka?”

Dalam satu kenyataan kepada Ismaweb, hari ini, beliau berkata, jika mereka mahu minum arak atau bermandikan arak, buat saja di tempat yang tertutup, tidak ada siapa larang.

Sebelum ini, DBKL menolak permohonan penganjur pesta arak terbesar yang dirancang diadakan di sebuah pusat beli-belah di Damansara, bulan depan.

Bagaimanapun, lima Ahli Parlimen daripada DAP dan PKR – Tan Kok Wai (DAP – Cheras); Teresa Kok (DAP – Seputeh); Fong Kui Lun (DAP – Bukit Bintang); Lim Lip Eng (DAP – Segambut); dan Tan Kee Kwong (PKR – Wangsa Maju). Turut sama dalam bantahan itu ialah Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Ti Lian Ker.

Pemimpin ultra kiasu itu dalam kenyataan mereka berkata, pesta arak berkenaan bukan untuk umat Islam, sebaliknya menyasarkan bukan Islam dan pelancong asing.

Ustaz Ridhuan Tee berkata:

“Tetapi isu sekarang, kenapa perlu cuba memancing orang lain? Pergi ke luar negara? Arak mereka jauh lebih murah. Kenapa mahu minum arak di sini yang sudah dikenakan GST dan lebih mahal? Tidakkah ia membazirkan duit ultra kiasu ketika ekonomi gawat hari ini?

“Lihat sahaja ultra kiasu di lapangan terbang antarabangsa yang ada di negara kita, berbondong-bondong membeli arak sebab lebih murah. Kenapa mahu minum arak yang lebih mahal?

“Hina sungguh ultra kiasu ini dan mereka sangat hipokrit. Kepada umat Islam saya menyeru dan merayu, tolak ultra kiasu ini dalam PRU akan datang sama ada mereka bertanding menjadi pembangkang atau menjadi musuh dalam selimut dalam parti komponen BN.”

Beliau berkata, tiada jaminan bahawa selepas minum arak dan mabuk mereka tidak akan menggganggu ketenteraman awam.

“Apakah jaminan bahawa, ultra kiasu dapat menghalang orang Melayu daripada terbabit sama jika ada mereka yang tergoda? Jika berlaku kekecohan nanti, apakah ultra kiasu mampu menyelesaikan masalah itu? Polis juga yang penat.

“Bagi saya, tujuan mereka tidak lain, melainkan untuk melihat negara ini menjadi negara lebih Barat daripada Barat, dan memuktamadkan nafsu serakah mereka untuk merosakkan anak-anak Melayu. Bila anak Melayu telah cair, maka mudahlah mereka untuk memancing mereka menjadi ahli parti ultra kiasu ini,” katanya.

The post ‘Kalau ultra kiasu nak mandi arak sekalipun buat di tempat tertutup’ appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di ‘Kalau ultra kiasu nak mandi arak sekalipun buat di tempat tertutup’
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "‘Kalau ultra kiasu nak mandi arak sekalipun buat di tempat tertutup’"

Back To Top